Sunday, October 2, 2016

Apa itu kaunseling

Assalamualaikum.
Pada entry kali ini saya ingin menceritakan maksud kaunseling

Apa itu kaunseling??

Kadang bila kita cakap pasal kaunseling,mesti ramai yang merungut,terutama sekali pelajar sekolah.Mereka menganggap kaunseling itu hanya sekadar dengar orang cakap dan merupakan perkara yang membosankan.Sebenarnya mereka tidak faham erti kaunseling itu sendiri

Kaunseling ialah sebenarnya kebolehan seseorang itu dalam menolong orang lain untuk mengatasi masalah yang dihadapi dan membantu seseorang itu mencapai kesejahteraan hidup mereka.Kaunseling juga membantu seseorang itu dalam mengenali potens diri yang sebenar yang terpendam.Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. 


Wednesday, September 28, 2016

Apa itu kaunselor , ahli psikologi dan psikiatri ?

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.
Berbalik kepada tajuk diatas,saya ingin merperkatakan tentang kaunselor , ahli psikologi dan juga psikiatri.


1) Kaunselor

  • Kaunselor ialah individu yang mampu membantu,membimbing serta menjadi penasihat kepada seseorang yang menghadapi masalah atau yang memerlukan khidmat kaunseling. (Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) )
  • Profesion terlatih dalam bidang kaunseling atau bidang-bidang yang berkaitan dan mampu bertindak sebagai pembimbing dengan memberi maklumat dan juga cadangan bagi membantu seseorang (Daftar Awam)

2) Ahli psikologi

  • Individu yang mengkaji minda serta tingkah laku manusia
  • Ahli Psikologi juga membuat kajian sistematik dalam bidang lapangan psikologi yang diisi dengan pelajaran tentang manusia dan tindak balas mereka tentang persekitaran
3) Psikiatri
  • Satu cabang kedoktoran yang mempelajari aspek kesihatan jiwa serta pengaruh timbal balik terdapat fungsi-fungsi fisiologi organo-biologi tubuh manusia
Rujukan
  1. http://urdreamcareer.blogspot.my/2012/05/definisi-kaunselor-syarat-kelayakan-dan.html
  2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Psikiatri
  3. http://www.v2.career2zoom.com/index.php/en/kerjaya/kamus-kerjaya/663-ahli-psikologi